theme-sticky-logo-alt
November 10, 2026
31 Views

“Masih Terlalu Awal Untuk Bincang Rombak Kabinet,”-Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berpandangan masih terlalu awal untuk membincangkan kemungkinan rombakan Kabinet susulan perkembangan politik semasa yang mencetuskan spekulasi mengenai perubahan barisan pentadbiran kerajaan. Menurut Malaysia Gazette,isu berkenaan mendapat perhatian susulan hasrat Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, meletakkan jawatan berhubung pendirian DAP terhadap pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Datuk... Read More

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berpandangan masih terlalu awal untuk membincangkan kemungkinan rombakan Kabinet susulan perkembangan politik semasa yang mencetuskan spekulasi mengenai perubahan barisan pentadbiran kerajaan.

Menurut Malaysia Gazette,isu berkenaan mendapat perhatian susulan hasrat Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, meletakkan jawatan berhubung pendirian DAP terhadap pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Loke sebelum ini mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Anwar pada 28 September lalu, namun bersetuju meneruskan tugas sementara menunggu pelaksanaan tahanan rumah Najib.

Dalam perkembangan berkaitan, kedudukan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, turut menjadi perhatian berikutan tempoh perkhidmatannya sebagai Ahli Dewan Negara yang dijadualkan berakhir pada Disember ini.

Keadaan itu menimbulkan persoalan sama ada Perdana Menteri akan melakukan rombakan kecil bagi mengisi kekosongan jawatan atau mempertimbangkan perubahan lebih menyeluruh dalam pentadbiran kerajaan.

Bagaimanapun, sebarang keputusan mengenai pelantikan atau pertukaran portfolio menteri tertakluk kepada pertimbangan Perdana Menteri mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1