theme-sticky-logo-alt
November 8, 2026
162 Views

“Anthony Loke Biadap Dan Tidak Menghormati Titah Agong,”-Noh Omar

KUALA LUMPUR-Bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berhubung isu tahanan rumah Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai biadab dan tidak menghormati institusi diraja. “Kenyataan Anthony Loke berkaitan perletakan jawatannya sebagai Menteri akan berkuatkuasa apabila DS Najib menjejakkan kakinya dirumah adalah satu kenyataan yang biadap... Read More

KUALA LUMPUR-Bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berhubung isu tahanan rumah Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai biadab dan tidak menghormati institusi diraja.

“Kenyataan Anthony Loke berkaitan perletakan jawatannya sebagai Menteri akan berkuatkuasa apabila DS Najib menjejakkan kakinya dirumah adalah satu kenyataan yang biadap bukan saja tidak menghormati keputusan Lembaga Pengampunan tetapi mengingkari titah perintah KDYMM SBP YANG DPERTUAN AGONG,”Katanya.

Beliau turut mendakwa pendirian tersebut tidak menghormati keputusan Lembaga Pengampunan, selain mempersoalkan tindakan pemimpin DAP yang membantah pelaksanaan tahanan rumah berkenaan.

Noh turut membangkitkan kedudukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh yang merupakan pemimpin DAP, dalam konteks keanggotaan Lembaga Pengampunan.

“Jikalau semua Menteri dan Timbalan Menteri DAP ada prinsip dan maruah, sepatutnya mereka meletak jawatan yang disandang dalam Kabinet dan menarik sokongan serta keluar dari Kerajaan Madani,” katanya.

Dalam masa sama, Noh menzahirkan penghargaan terhadap titah Yang di-Pertuan Agong berhubung pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib, yang menurut beliau perlu diteruskan selepas pembayaran denda RM50 juta diselesaikan.

 

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1