theme-sticky-logo-alt
November 8, 2026
36 Views

“Pembangkang Bisu Soal Rasuah Tetapi Lantang Isu Kaum Dan Agama,”-Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR-Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengkritik sikap pembangkang yang didakwanya lebih lantang memainkan sentimen perkauman dan agama berbanding membangkitkan isu rasuah serta penyelewengan yang menjejaskan kehidupan rakyat. Menurut beliau, tindakan berdiam diri terhadap penyelewengan melibatkan wang berbilion ringgit boleh menyebabkan masyarakat semakin terbiasa menerima perbuatan salah sehingga menganggapnya sebagai perkara biasa. “Apabila rasuah... Read More

KUALA LUMPUR-Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengkritik sikap pembangkang yang didakwanya lebih lantang memainkan sentimen perkauman dan agama berbanding membangkitkan isu rasuah serta penyelewengan yang menjejaskan kehidupan rakyat.

Menurut beliau, tindakan berdiam diri terhadap penyelewengan melibatkan wang berbilion ringgit boleh menyebabkan masyarakat semakin terbiasa menerima perbuatan salah sehingga menganggapnya sebagai perkara biasa.

“Apabila rasuah dan penyelewengan yang menjejaskan hidup rakyat dibangkitkan, pembangkang memilih untuk membisu. Namun dalam mengapi-apikan sentimen perkauman dan menunggang agama, merekalah yang paling ke hadapan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar berkata, perkara itu turut disentuhnya ketika Forum Ilmuwan MADANI Siri 14 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 6 November lalu.

Beliau menyifatkan budaya bertolak ansur terhadap kejahatan atau tolerance for evil sebagai sesuatu yang berbahaya kerana boleh menghakis nilai integriti dan kebertanggungjawaban dalam masyarakat.

Tegasnya, usaha memerangi rasuah mesti diteruskan tanpa kompromi sepanjang beliau diberikan amanah menerajui pentadbiran negara.

“Selagi saya memikul amanah ini, saya tidak akan berkompromi dengan rasuah, kerana pelaku rasuah tempatnya dalam penjara,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1