theme-sticky-logo-alt
November 7, 2026
42 Views

Nooryana Kecewa Tahanan Rumah Najib Ditangguhkan

KUALA LUMPUR – Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa meluahkan rasa kecewa susulan penangguhan sementara pelaksanaan tahanan di rumah terhadap bapanya oleh Jabatan Peguam Negara. Nooryana berkata, beliau tidak mahu mengulas lanjut mengenai aspek perundangan dan menyerahkan perkara itu kepada pasukan peguam keluarga. Bagaimanapun, beliau menyifatkan Jumaat sepatutnya menjadi hari... Read More

KUALA LUMPUR – Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa meluahkan rasa kecewa susulan penangguhan sementara pelaksanaan tahanan di rumah terhadap bapanya oleh Jabatan Peguam Negara.

Nooryana berkata, beliau tidak mahu mengulas lanjut mengenai aspek perundangan dan menyerahkan perkara itu kepada pasukan peguam keluarga.

Bagaimanapun, beliau menyifatkan Jumaat sepatutnya menjadi hari menggembirakan buat keluarganya kerana mereka sudah bersedia menyambut kepulangan Najib ke rumah.

Menurut UTUSAN, beliau sekeluarga sejak pagi berhubung dengan pelbagai pihak bagi memastikan segala urusan berjalan lancar sebelum bapanya dibenarkan pulang.

“Seperti yang media laporkan, sekitar jam 12 tengah hari tadi, denda RM50 juta sudah dibayar kepada mahkamah oleh UMNO.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyumbang kepada Tabung Solidariti Datuk Seri Najib.

“Tak kiralah besar atau kecil, setiap sumbangan adalah sangat bermakna bagi keluarga saya.

“Ia jelas menunjukkan betapa ramai yang menyayangi dan memberikan sokongan kepada Datuk Seri Najib,” katanya menerusi perkongsian di media sosial pada Jumaat.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1