theme-sticky-logo-alt
October 26, 2026
6 Views

Permohonan Representasi Akmal Ditolak

BUKIT MERTAJAM – Permohonan representasi pertama yang dikemukakan pihak pembelaan Dr Muhamad Akmal Salleh pada Disember 2025 bagi menggugurkan pertuduhan terhadapnya ditolak Pengarah Pendakwaan Negeri Pulau Pinang. Menurut Sinar Harian,Ketua barisan peguamnya, Aizat Azam berkata, pihak pembelaan telah memohon kepada Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada Isnin untuk mengemukakan representasi kedua kepada Peguam Negara. Beliau berkata,... Read More

BUKIT MERTAJAM – Permohonan representasi pertama yang dikemukakan pihak pembelaan Dr Muhamad Akmal Salleh pada Disember 2025 bagi menggugurkan pertuduhan terhadapnya ditolak Pengarah Pendakwaan Negeri Pulau Pinang.

Menurut Sinar Harian,Ketua barisan peguamnya, Aizat Azam berkata, pihak pembelaan telah memohon kepada Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada Isnin untuk mengemukakan representasi kedua kepada Peguam Negara.

Beliau berkata, permohonan itu bertujuan mengemukakan fakta, pandangan serta pendapat dari sudut undang-undang berhubung kes berkenaan.

Menurutnya, representasi pertama dikemukakan kira-kira 10 bulan lalu, manakala keputusan penolakannya dimaklumkan ketika prosiding sebutan kes pada Isnin.

“Insya-ALLAH, selepas ini kita akan mengemukakan representasi tersebut kepada pihak Peguam Negara,” katanya ketika ditemui di pekarangan Kompleks Mahkamah Bukit Mertajam pada Isnin.

Aizat berkata, kes berkenaan telah berlangsung lebih setahun, namun tarikh perbicaraan masih belum ditetapkan kerana pihak pembelaan masih menunggu keputusan berhubung permohonan representasi.

Katanya, pihaknya kini menantikan keputusan Peguam Negara bagi menentukan sama ada kes itu akan diteruskan ke peringkat perbicaraan atau sebaliknya.

Pada Ogos tahun lalu, Muhamad Akmal, 38, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam terhadap pertuduhan mengeluarkan kenyataan yang mendatangkan kegusaran awam.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading