theme-sticky-logo-alt
October 26, 2026
8 Views

“Kerjasama PN& BN Berteraskan Konsep ‘Win-Win Situation’-Takiyuddin Hassan

KUALA LUMPUR: Kerjasama antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) dalam pembahagian kerusi pilihan raya dibuat berteraskan prinsip menang-menang bagi memastikan kedua-dua pihak memperoleh manfaat daripada persefahaman politik tersebut. Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, sebarang pertukaran kerusi antara kedua-dua gabungan perlu mengambil kira kekuatan dan peluang kemenangan masing-masing. Menurutnya, PN tidak... Read More

KUALA LUMPUR: Kerjasama antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) dalam pembahagian kerusi pilihan raya dibuat berteraskan prinsip menang-menang bagi memastikan kedua-dua pihak memperoleh manfaat daripada persefahaman politik tersebut.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, sebarang pertukaran kerusi antara kedua-dua gabungan perlu mengambil kira kekuatan dan peluang kemenangan masing-masing.

Menurutnya, PN tidak akan bersetuju sekiranya kerusi yang dimenangi gabungan itu ditukar dengan kerusi yang tewas di pihak BN.

“Pertukaran itu mestilah atas dasar menang dengan menang. Kalau dia hendak tukar kerusi yang kita menang dengan kerusi yang dia kalah, itu tidak berlaku.

“Kita menang atas sebab-sebab yang dibincangkan bersama, jadi kita terimalah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kerjasama politik antara PN dan BN pada mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi PN yang berlangsung di Pejabat Agung PAS, di sini, malam Ahad.

 

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading