theme-sticky-logo-alt
October 22, 2026
27 Views

“Rundingan BN dan PAS Telah Dimuktamadkan” – Ahmad Zahid

ALOR GAJAH: Barisan Nasional (BN) mengesahkan kerjasama politik dengan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka selepas rundingan pembahagian kerusi antara kedua-dua parti dimuktamadkan. Menurut Utusan,Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, berdasarkan persetujuan itu, BN akan bertanding di 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala baki tujuh kerusi akan... Read More

ALOR GAJAH: Barisan Nasional (BN) mengesahkan kerjasama politik dengan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka selepas rundingan pembahagian kerusi antara kedua-dua parti dimuktamadkan.

Menurut Utusan,Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, berdasarkan persetujuan itu, BN akan bertanding di 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala baki tujuh kerusi akan ditandingi PAS bersama rakan sekutunya.

Beliau berkata, keputusan berkenaan adalah muktamad selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan melalui rundingan yang diadakan sebelum ini.

“Saya juga ingin mengumumkan bahawa perundingan antara BN dan PAS khususnya telah dimuktamadkan.

“Saya ingin mengesahkan bahawa BN akan bertanding 21 kerusi dan mereka bersama rakan-rakan mereka akan bertanding tujuh kerusi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Melaka Bermunajat di Masjid Salmah Khamis, Masjid Tanah, malam Rabu.

Turut hadir, Ketua Menteri Melaka merangkap Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO memaklumkan, BN akan mengumumkan senarai calonnya bagi menghadapi PRN berkenaan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada Sabtu ini, 24 Oktober.

Mengulas penggunaan logo ketika pilihan raya, beliau menjelaskan BN akan bertanding menggunakan lambang gabungan itu, manakala keputusan mengenai logo PAS dan rakan sekutunya diserahkan kepada kepimpinan masing-masing.

Ditanya mengenai jumlah pertemuan yang diadakan sepanjang proses rundingan, Ahmad Zahid enggan memperincikannya, sebaliknya menegaskan bahawa persetujuan telah dicapai.

“Yang penting telah dimuktamadkan,” katanya.

PRN Melaka dijadual berlangsung pada 14 November depan, dengan penamaan calon ditetapkan pada 31 Oktober dan pengundian awal pada 10 November.

Pada PRN Melaka 2021, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN, manakala Pakatan Harapan (PH) memperoleh lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading