theme-sticky-logo-alt
October 22, 2026
23 Views

Isu Perlembagaan Negeri Sembilan:“Kerajaan Bertindak Atas Nasihat Peguam Negara” – Anthony Loke

SEREMBAN: Sebarang dakwaan mengenai pencabulan Perlembagaan Persekutuan perlu diselesaikan melalui proses perundangan dan bukannya dijadikan modal politik oleh pihak tertentu. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, kerajaan melaksanakan keputusan berdasarkan nasihat perundangan Jabatan Peguam Negara (AGC), justeru mana-mana pihak yang mempertikaikan keputusan itu mempunyai hak untuk mendapatkan penentuan mahkamah. Menurut Utusan, saluran kehakiman... Read More

SEREMBAN: Sebarang dakwaan mengenai pencabulan Perlembagaan Persekutuan perlu diselesaikan melalui proses perundangan dan bukannya dijadikan modal politik oleh pihak tertentu.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, kerajaan melaksanakan keputusan berdasarkan nasihat perundangan Jabatan Peguam Negara (AGC), justeru mana-mana pihak yang mempertikaikan keputusan itu mempunyai hak untuk mendapatkan penentuan mahkamah.

Menurut Utusan, saluran kehakiman merupakan mekanisme yang wajar digunakan bagi menyelesaikan pertikaian berkaitan tafsiran undang-undang dan Perlembagaan.

“Adakah dia mencabar pandangan Peguam Negara? Sebab apa yang dilaksanakan oleh kerajaan mengikut nasihat Peguam Negara.

“Jadi sudah tentu kerajaan mendengarlah pandangan daripada Peguam Negara daripada segi perundangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan Bantuan Khas Kewangan kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah di Dewan Majlis Bandaraya Seremban (MBS), di sini, hari ini.

Anthony yang juga Menteri Pengangkutan berkata, tindakan undang-undang yang diambil 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan boleh dijadikan contoh bagaimana pertikaian berhubung keputusan pentadbiran dibawa ke mahkamah.

“Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan apa-apa pendirian undang-undang itu boleh pergi ke mahkamah untuk mendapatkan semakan kehakiman, seperti apa yang dibuat oleh 10 Exco yang diberhentikan di Negeri Sembilan.

“Mereka sudah memfailkan semakan kehakiman,” katanya.

Terdahulu, 10 bekas Exco Negeri Sembilan memfailkan tindakan undang-undang bagi mencabar kesahihan pembatalan pelantikan mereka yang berkuat kuasa pada 20 September lalu.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading