KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer memberi amaran akan mengemukakan usul untuk merujuk Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen sekiranya beliau enggan menarik balik kenyataan berhubung penggunaan istilah ‘munafik’.
Menurut Malaysia Gazette,beliau masih menunggu Setiausaha Agung PAS itu mematuhi arahan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul yang menetapkan 22 Oktober sebagai tarikh akhir penarikan balik kenyataan berkenaan.
“Sekiranya Yang Berhormat Kota Bharu tidak menarik balik kenyataan tersebut, maka saya akan menyusuli dengan memasukkan satu usul untuk merujuk beliau ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen, hari ini.
Terdahulu, Johari mengarahkan Takiyuddin menarik balik perkataan ‘munafik’ selepas meneliti Penyata Rasmi (Hansard) berhubung pertikaian yang tercetus ketika perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027, Isnin lalu.








