theme-sticky-logo-alt
October 10, 2026
26 Views

“Belanjawan 2027 Perlu Diterjemah Dengan Pelaksanaan Berkesan,”– Zahid Hamidi

PETALING JAYA: Setiap peruntukan dan inisiatif dalam Belanjawan 2027 perlu dilaksanakan secara cekap dan berkesan bagi memastikan manfaatnya dapat dirasai secara langsung oleh rakyat. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelaksanaan berkesan itu diharap dapat meningkatkan pendapatan rakyat, meluaskan peluang serta menjamin kehidupan yang lebih baik. Menurut UTUSAN, Belanjawan 2027 mencerminkan... Read More

PETALING JAYA: Setiap peruntukan dan inisiatif dalam Belanjawan 2027 perlu dilaksanakan secara cekap dan berkesan bagi memastikan manfaatnya dapat dirasai secara langsung oleh rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelaksanaan berkesan itu diharap dapat meningkatkan pendapatan rakyat, meluaskan peluang serta menjamin kehidupan yang lebih baik.

Menurut UTUSAN, Belanjawan 2027 mencerminkan komitmen Kerajaan Perpaduan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat selain membuka lebih banyak ruang kepada mereka untuk membina masa depan yang lebih baik.

“Belanjawan 2027 mencerminkan kesungguhan Kerajaan Perpaduan untuk mengangkat taraf hidup rakyat serta membuka ruang lebih luas bagi mereka membina masa depan lebih baik.

“Pada masa yang sama, pembangunan yang saksama antara negeri, pengukuhan prasarana asas dan peluasan peluang ekonomi diberi keutamaan bagi memastikan kemakmuran negara turut dinikmati masyarakat luar bandar,” katanya dalam satu kenyataan.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading