theme-sticky-logo-alt
October 9, 2026
61 Views

PRN Melaka: PH Perkenal Gagasan ‘Melaka Rumah Kita’

MELAKA: Pakatan Harapan (PH) akan mengetengahkan gagasan “Melaka Rumah Kita” sebagai tawaran utama kepada rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16, dengan manifesto serta agenda masa depan negeri akan dibentangkan sepanjang tempoh menjelang pilihan raya. Menurut AWANI,Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, gagasan berkenaan akan membawa aspirasi gabungan itu mengenai hala tuju... Read More

MELAKA: Pakatan Harapan (PH) akan mengetengahkan gagasan “Melaka Rumah Kita” sebagai tawaran utama kepada rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16, dengan manifesto serta agenda masa depan negeri akan dibentangkan sepanjang tempoh menjelang pilihan raya.

Menurut AWANI,Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, gagasan berkenaan akan membawa aspirasi gabungan itu mengenai hala tuju Melaka, kehidupan rakyat serta bentuk pembangunan negeri yang mahu dilaksanakan sekiranya diberikan mandat.

Menurut beliau, “Melaka Rumah Kita” akan diperkenalkan secara berperingkat, bermula dengan pembukaan bilik gerakan PH hari ini yang disifatkannya sebagai “tiang pertama” kepada struktur lebih besar sepanjang tempoh pilihan raya.

“Apa dia Melaka Rumah Kita? Nanti saya akan bentangkan sepanjang tempoh menjelang kempen dan juga hari mengundi… manifesto dan juga gagasan kita tentang masa depan Melaka, tentang kehidupan rakyat Melaka, tentang apa yang kita impikan buat Melaka di masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Bilik Gerakan Utama PH Melaka semalam.

Amirudin berkata, gagasan berkenaan akan menjadi landasan PH untuk menghuraikan tawaran serta perancangan gabungan itu kepada rakyat Melaka menjelang PRN ke-16.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading