theme-sticky-logo-alt
October 5, 2026
23 Views

“Tuanku Muhriz Kekal Sebagai Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah,”- DKU

SEREMBAN: Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan sekali lagi menegaskan bahawa Tuanku Muhriz Tuanku Munawir kekal sebagai Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah. Setiausaha Dewan, Raja Norazli Raja Nordin berkata, Tuanku Muhriz dipilih oleh para Undang dan dimasyhurkan sebagai Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan ke 11 pada 29 Disember 2008 sebelum ditabalkan... Read More

SEREMBAN: Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan sekali lagi menegaskan bahawa Tuanku Muhriz Tuanku Munawir kekal sebagai Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah.

Setiausaha Dewan, Raja Norazli Raja Nordin berkata, Tuanku Muhriz dipilih oleh para Undang dan dimasyhurkan sebagai Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan ke 11 pada 29 Disember 2008 sebelum ditabalkan secara rasmi pada 26 Oktober 2009 mengikut Undang Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

Menurut Awani, Tuanku Muhriz terus memegang jawatan berkenaan, termasuk sebagai Yang Dipertua Dewan di bawah Perkara 19 UUTKNS.

Raja Norazli berkata, UUTKNS 1959 memperuntukkan tatacara khusus sekiranya jawatan Yang di Pertuan Besar hendak dikosongkan.

Menurutnya, sekiranya para Undang mahu menyeru Yang di Pertuan Besar supaya berundur atau turun takhta, Perkara 10 mensyaratkan supaya satu penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya terlebih dahulu dilaksanakan.

“UUTKNS 1959 memperuntukkan satu satunya cara yang sah bagi jawatan tersebut menjadi kosong, jika dikatakan bahawa para Undang telah menyeru Duli Yang Maha Mulia supaya berundur atau turun takhta, Perkara 10 mensyaratkan penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya oleh para Undang,” katanya dalam perutusan rasmi.

Beliau berkata, proses itu juga memerlukan penentuan bahawa wujud alasan sebagaimana dinyatakan dalam Perkara 10, selain pelaksanaan kuasa oleh individu yang memegang jawatan Undang secara sah dalam bilangan sebagaimana dikehendaki di bawah Perkara 29.

Menurut Raja Norazli, proses berkenaan turut melibatkan suatu proklamasi di bawah Perkara 10(2) UUTKNS.

DKU sebelum ini turut mengekalkan pendiriannya bahawa dokumen bertarikh 19 April 2026 tidak mematuhi Perkara 10, tidak berperlembagaan dan tidak mempunyai kesan dari sudut undang undang.

Sehubungan itu, Dewan terus mengiktiraf Tuanku Muhriz sebagai Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan serta Yang Dipertua Dewan dan menegaskan bahawa tiada kekosongan berlaku bagi jawatan berkenaan.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading