theme-sticky-logo-alt
October 5, 2026
27 Views

“CCTV Bukan Penyelesaian Tuntas,”-Fadhlina Sidek

KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan,Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperluaskan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah menerusi fasa ketiga pelaksanaannya pada tahun hadapan. Menurut beliau, KPM turut menyedari terdapat CCTV sedia ada yang tidak berfungsi atau tidak diselenggara dengan baik dan telah mengarahkan pemeriksaan dilakukan, termasuk pembaikan serta penggantian unit... Read More

KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan,Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperluaskan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah menerusi fasa ketiga pelaksanaannya pada tahun hadapan.

Menurut beliau, KPM turut menyedari terdapat CCTV sedia ada yang tidak berfungsi atau tidak diselenggara dengan baik dan telah mengarahkan pemeriksaan dilakukan, termasuk pembaikan serta penggantian unit yang rosak.

Fadhlina berkata demikian dalam sidang media di Parlimen ketika memberikan perkembangan berkaitan kes kematian Irene Sofiya.

Menurutnya, meskipun kemudahan CCTV akan terus ditambah baik, pemasangan kamera berkenaan tidak boleh dianggap sebagai penyelesaian menyeluruh terhadap isu keselamatan di sekolah.

“CCTV bukan penyelesaian tuntas kepada keselamatan sekolah. Ia membantu pemantauan dan siasatan.

“Keselamatan sekolah juga bergantung kepada rondaan, kawalan keluar masuk, pematuhan SOP, disiplin dan kepekaan seluruh warga sekolah,” katanya.

Pada masa sama, Fadhlina berkata, KPM mengalu-alukan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), komuniti serta pihak korporat yang mahu membantu menambah baik kemudahan CCTV di sekolah, tertakluk kepada keperluan dan ketetapan keselamatan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan kerjasama tersebut tidak bermakna kerajaan memindahkan tanggungjawab menjaga keselamatan sekolah kepada pihak lain.

“Kerajaan akan terus melaksanakan tanggungjawabnya tetapi kalau ada pihak yang mahu bersama-sama membantu meningkatkan keselamatan anak-anak, kita amat alu-alukan,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading