theme-sticky-logo-alt
October 5, 2026
20 Views

“Kegagalan Akauntabiliti Punca Segala Masalah,”- Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaitkan banyak masalah yang berlaku dalam negara dan di peringkat global dengan kekurangan akauntabiliti yang tidak diberikan perhatian sewajarnya dalam konteks tadbir urus. Menurut FMT, perkara itu dapat dilihat antaranya menerusi amalan perdagangan tidak adil, pengenaan tarif secara sepihak serta ketidakadilan yang nyata dan berterusan. “Saya percaya... Read More

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaitkan banyak masalah yang berlaku dalam negara dan di peringkat global dengan kekurangan akauntabiliti yang tidak diberikan perhatian sewajarnya dalam konteks tadbir urus.

Menurut FMT, perkara itu dapat dilihat antaranya menerusi amalan perdagangan tidak adil, pengenaan tarif secara sepihak serta ketidakadilan yang nyata dan berterusan.

“Saya percaya (kurang perhatian) punca segala masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Forum Khazanah Megatrends 2026 di sini, yang turut dihadiri Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd, Amirul Feisal Wan Zahir.

Anwar turut mengkritik kegagalan masyarakat moden, termasuk sistem demokrasi, dalam memastikan pihak yang memegang kuasa benar-benar bertanggungjawab sepenuhnya “dalam erti kata sebenar”.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, antara tema yang diketengahkan dalam forum berkenaan ialah “memantau pihak pemantau”.

Dalam ucapan alu-aluannya, Anwar menjelaskan pihak yang dimaksudkan sebagai pemantau ialah mereka yang diberikan amanah dan kuasa bagi pihak orang ramai, termasuk kerajaan, bank pusat serta firma komersial.

“Tetapi, bagaimanakah kita memastikan mereka bertanggungjawab?” soalnya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading