theme-sticky-logo-alt
October 5, 2026
27 Views

“Kita Tidak Boleh Asyik Menyalahkan Kerajaan,”-Akmal Saleh

PETALING JAYA: Semua pihak tidak seharusnya menuding jari kepada Kementerian Pendidikan susulan kematian seorang pelajar perempuan di dewan sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat. Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhammad Akmal Saleh berkata, isu keselamatan kanak-kanak di sekolah perlu ditangani secara bersama dan tidak wajar dijadikan polemik politik antara pembangkang dan kerajaan. Menurutnya, ibu... Read More

PETALING JAYA: Semua pihak tidak seharusnya menuding jari kepada Kementerian Pendidikan susulan kematian seorang pelajar perempuan di dewan sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhammad Akmal Saleh berkata, isu keselamatan kanak-kanak di sekolah perlu ditangani secara bersama dan tidak wajar dijadikan polemik politik antara pembangkang dan kerajaan.

Menurutnya, ibu bapa, guru, pihak sekolah, kerajaan dan masyarakat masing-masing mempunyai peranan dalam memastikan keselamatan pelajar, termasuk melaporkan sebarang tanda ancaman, buli, ugutan atau perubahan tingkah laku yang membimbangkan.

“Kita tidak boleh asyik menyalahkan kerajaan, menteri atau pihak sekolah. Sedangkan di pihak kita sendiri, apabila ada isu disiplin anak sendiri pun masih kita salahkan pihak sekolah.

“Isu keselamatan anak-anak bukan isu politik yang hanya perlu diperdebatkan antara pembangkang dan kerajaan. Sama ada kita pembangkang atau kerajaan, keselamatan anak-anak mesti ditangani bersama,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Akmal berkata, tiada seorang pun menteri mahu melihat kejadian pembunuhan atau keganasan berlaku di sekolah.

Bagaimanapun, katanya, kejadian seumpama itu berisiko terus berlaku sekiranya semua pihak hanya menunggu pihak lain mengambil tindakan.

“Jangan tunggu sehingga tragedi berlaku baru kita mahu bertanya siapa yang patut dipersalahkan,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading