theme-sticky-logo-alt
September 29, 2026
41 Views

“Surat Peletakan Jawatan Saya Telah Dihantar Kepada Perdana Menteri,”-Anthony Loke

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengesahkan surat peletakan jawatannya telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam. Loke berkata, peletakan jawatan itu akan berkuat kuasa pada tarikh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibebaskan dari penjara. “Surat peletakan jawatan saya sebagai Menteri Pengangkutan telah dihantar kepada Perdana Menteri... Read More

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengesahkan surat peletakan jawatannya telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Loke berkata, peletakan jawatan itu akan berkuat kuasa pada tarikh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibebaskan dari penjara.

“Surat peletakan jawatan saya sebagai Menteri Pengangkutan telah dihantar kepada Perdana Menteri semalam dan akan berkuat kuasa pada tarikh Najib keluar dari penjara,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sebelum ini, Loke mengumumkan hasrat untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap Najib yang membolehkan beliau menjalani baki hukuman secara tahanan rumah. Pada 23 September lalu, Loke turut menegaskan pendiriannya tidak berubah dan memaklumkan surat berkenaan akan diserahkan kepada Anwar sekembalinya dari China.

Pada 26 September, Anwar memaklumkan beliau ketika itu masih belum menerima surat rasmi peletakan jawatan Loke.

Kenyataan terbaharu Loke itu sekali gus menjelaskan bahawa surat berkenaan kini telah dikemukakan kepada Perdana Menteri, namun tarikh kuat kuasa peletakan jawatan tersebut dikaitkan dengan tarikh Najib dibebaskan dari penjara.- UTUSAN

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading