theme-sticky-logo-alt
November 26, 2026
45 Views

Minit Pengampunan Najib: “Adakah Proses Nyahklasifikasi Telah Dimaklumkan Kepada Agong?”-Hamzah Zainuddin

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mempersoalkan sama ada proses nyahklasifikasi minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan berkaitan Datuk Seri Najib Razak telah dimaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu. Hamzah berkata persoalan itu timbul susulan jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada Selasa.... Read More

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mempersoalkan sama ada proses nyahklasifikasi minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan berkaitan Datuk Seri Najib Razak telah dimaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu.

Hamzah berkata persoalan itu timbul susulan jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada Selasa.

Menurutnya, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari hanya meminta kepastian sama ada minit berkenaan telah dinyahklasifikasikan, namun beliau berpandangan jawapan yang diberikan masih menimbulkan persoalan.

“Kalau sudah dinyahrahsiakan, mengapa sehingga hari Rabu masih belum diterima oleh Bar Council?

“Yang kita hairannya, bagaimana pula Tony Pua boleh memperoleh minit mesyuarat tersebut,” katanya pada sidang media pembangkang di Parlimen.

Badan Peguam Malaysia kini mencabar keputusan berkaitan pelaksanaan tahanan rumah Najib melalui semakan kehakiman, manakala kerajaan menjelaskan sebahagian dokumen Lembaga Pengampunan dinyahklasifikasikan bagi membolehkan Jabatan Peguam Negara menyediakan afidavit balas dalam prosiding berkenaan.

Beberapa halaman minit tersebut telah dikongsikan Tony Pua melalui Facebook pada 18 November, termasuk catatan mengenai pendirian Peguam Negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh.

Hamzah turut mempersoalkan sama ada proses penyahklasifikasian itu telah dimaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong, memandangkan baginda mempengerusikan Lembaga Pengampunan.

Anwar sebelum ini menafikan kerajaan, BHEUU atau Jabatan Peguam Negara menjadi pihak yang menyebarkan minit tersebut kepada umum dan meminta Kementerian Dalam Negeri menyiasat bagaimana ia boleh tersebar lebih awal.

Polis pula tidak menolak kemungkinan memanggil Tony Pua sekiranya diperlukan bagi membantu siasatan.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1