theme-sticky-logo-alt
September 20, 2026
121 Views

Jabatan Penjara Malaysia Masih Menunggu Pemakluman Rasmi Secara Bertulis

KUALA LUMPUR: Jabatan Penjara Malaysia masih menunggu pemakluman rasmi secara bertulis berhubung keputusan Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya berkaitan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak. Jabatan Penjara Malaysia dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan pihaknya mengambil maklum laporan media berhubung keputusan Mesyuarat Lembaga... Read More

KUALA LUMPUR: Jabatan Penjara Malaysia masih menunggu pemakluman rasmi secara bertulis berhubung keputusan Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya berkaitan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak.

Jabatan Penjara Malaysia dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan pihaknya mengambil maklum laporan media berhubung keputusan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Kali Ke-64 berkaitan perkara berkenaan.

Menurut kenyataan itu, berdasarkan kenyataan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Najib.

Pengampunan itu membenarkan baki hukuman dijalani secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan, termasuk pembayaran denda sebanyak RM50 juta.

Bagaimanapun, Jabatan Penjara memaklumkan bahawa selaras dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 19 September 2026, Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Penjara Malaysia masih menunggu pemakluman rasmi secara bertulis berhubung keputusan tersebut.

Jelasnya, sebarang tindakan lanjut bagi melaksanakan keputusan berkenaan hanya dapat ditentukan selepas pemakluman rasmi diterima.

“Sebarang pemakluman dan dokumen rasmi berkaitan keputusan Lembaga Pengampunan akan disampaikan melalui saluran rasmi yang sewajarnya sebelum dikemukakan kepada Jabatan Penjara Malaysia untuk tindakan selanjutnya,” menurut kenyataan itu.

 

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading