theme-sticky-logo-alt
September 17, 2026
40 Views

“Anwar Jadi Pilihan Utama Sebagai Calon Perdana Menteri,”-Kajian

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim, Khairy Jamaluddin, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Datuk Seri Rafizi Ramli antara tokoh paling berpotensi menjadi Perdana Menteri oleh Vodus Research. Menurut berita harian,kajian itu melibatkan 1,482 rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas di seluruh negara, dengan kerja lapangan dijalankan dari 18... Read More

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim, Khairy Jamaluddin, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Datuk Seri Rafizi Ramli antara tokoh paling berpotensi menjadi Perdana Menteri oleh Vodus Research.

Menurut berita harian,kajian itu melibatkan 1,482 rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas di seluruh negara, dengan kerja lapangan dijalankan dari 18 Ogos hingga 1 September lalu. Sampel kajian distratifikasi bagi mencerminkan komposisi penduduk Malaysia.

Pengasas Vodus Research, Dr Kelvin Goh berkata, Anwar merekodkan tahap penerimaan 46 peratus dalam kalangan responden yang mengetahui calon, manakala 34 peratus memilihnya sebagai pilihan pertama. Skor penerimaan bersih beliau pula ialah +19 mata peratusan.

“Anwar adalah tokoh paling dikenali secara meluas, dengan tahap pengenalan sebanyak 93 peratus dalam kalangan responden yang mengetahui calon-calon yang dinilai.

“Sokongan terhadapnya sangat kukuh di Malaysia Timur apabila 41 peratus responden di wilayah itu memilihnya sebagai calon utama berbanding 28 peratus di Semenanjung,” katanya dalam kenyataan.

Kajian itu turut menunjukkan tahap pengenalan Anwar berada pada 93 peratus. Sokongan pilihan pertama terhadapnya lebih tinggi di Malaysia Timur iaitu 41 peratus, berbanding 28 peratus di Semenanjung. Vodus menyatakan corak itu mungkin sebahagiannya berkaitan perhatian pentadbiran terhadap isu Sabah dan Sarawak termasuk MA63 serta hak negeri.

Khairy pula mencatat tahap penerimaan 32 peratus dan sokongan pilihan pertama 14 peratus. Dari segi persepsi peribadi, beliau merekodkan skor tanggapan positif bersih +51 mata, dengan 63 peratus responden yang mengenalinya memberikan penilaian positif.

Sementara itu, Onn Hafiz merekodkan tahap penerimaan 17 peratus dan skor penerimaan bersih +6 mata. Tahap pengenalannya di peringkat nasional pula berada pada 42 peratus. Ahmad Samsuri mencatat skor tanggapan positif bersih +44 mata dengan tahap pengenalan 32 peratus.

Vodus menjelaskan ukuran penerimaan, pilihan pertama, tahap pengenalan dan tanggapan positif perlu dilihat secara berasingan kerana setiap ukuran menggambarkan aspek berbeza terhadap pandangan responden mengenai seseorang tokoh. Kajian itu merupakan tinjauan persepsi pada tempoh berkenaan dan bukan ramalan keputusan pilihan raya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading