theme-sticky-logo-alt
September 9, 2026
92 Views

“Siapa Yang Paksa Dia? “-Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan pihak yang didakwa ‘memaksa’ Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim menandatangani dokumen Surat Cara Proklamasi bagi menurunkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. Menurut Berita Harian, dakwaan berkenaan merupakan pendapat peribadi Ismail. “Siapa yang paksa? Dia (Ismail) kata dia dipaksa,... Read More

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan pihak yang didakwa ‘memaksa’ Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim menandatangani dokumen Surat Cara Proklamasi bagi menurunkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Menurut Berita Harian, dakwaan berkenaan merupakan pendapat peribadi Ismail.

“Siapa yang paksa? Dia (Ismail) kata dia dipaksa, itu ayat dia.

“Saya rasa elok kalau kenyataan itu diabsahkan oleh peguamnya jika ada ketika menandatangani dokumen berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Putra (WTC), di sini hari ini.

Ahmad Zahid turut memaklumkan kemungkinan satu sidang media akan diadakan dalam masa terdekat berhubung perkara berkenaan.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1