theme-sticky-logo-alt
September 9, 2026
97 Views

‘Jika Anwar Boleh Diampun, Kenapa Pihak Lain Dikenakan Piawaian Berbeza?” – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR: UMNO menyatakan kekesalan terhadap kenyataan Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (PH) yang menurut parti itu seolah-olah mempertikaikan kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong. Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kuasa pengampunan merupakan hak prerogatif Seri Paduka Baginda sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan dan tidak sewajarnya dipertikaikan oleh mana-mana pihak. “Jika... Read More

KUALA LUMPUR: UMNO menyatakan kekesalan terhadap kenyataan Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (PH) yang menurut parti itu seolah-olah mempertikaikan kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong.

Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kuasa pengampunan merupakan hak prerogatif Seri Paduka Baginda sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan dan tidak sewajarnya dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

“Jika PH boleh menyokong pengampunan yang diterima oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim walaupun beliau belum selesai menjalani hukuman penuh ketika itu, kenapa pula piawaian yang berbeza perlu dikenakan kepada pihak lain?” katanya dalam kenyataan media pada Rabu.

Menurut Asyraf Wajdi, UMNO tidak berhasrat mendahului pertimbangan Lembaga Pengampunan atau menuntut apa-apa keputusan tertentu.

Sebaliknya, katanya, apa juga keputusan yang dibuat melalui proses yang sah perlu dihormati oleh semua pihak.

Dalam kenyataan sama, UMNO turut mendakwa tindakan PH itu secara tidak langsung memperlihatkan “warna sebenar” gabungan berkenaan yang menurutnya sebelum ini beberapa kali meremehkan dan mempertikai institusi Raja-Raja Melayu demi kepentingan politik.

UMNO juga mendakwa tindakan tersebut bertentangan dengan prinsip serta syarat yang telah dipersetujui bersama dalam perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan Malaysia.

Asyraf Wajdi menegaskan UMNO kekal mendukung institusi Yang di-Pertuan Agong serta kuasa-kuasa Baginda.

“Sebarang usaha bagi menekan atau menanam prasangka buruk secara langsung atau tidak langsung terhadap institusi ini adalah satu bentuk pengkhianatan kepada Perlembagaan dan negara,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading