theme-sticky-logo-alt
September 9, 2026
110 Views

“Saya Tandatangani Tanpa Rela Hati Dan Secara Paksa,”-Ismail Lasim

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Haji Ismail Lasim mendakwa Surat Cara Proklamasi yang tular pada 8 September lalu telah ditandatanganinya tanpa rela hati dan secara paksaan. Menurut Ismail, beliau telah membuat laporan polis kira-kira jam 6 petang pada 8 September bagi membolehkan siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa berhubung perkara itu. “Surat Cara tersebut telah... Read More

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Haji Ismail Lasim mendakwa Surat Cara Proklamasi yang tular pada 8 September lalu telah ditandatanganinya tanpa rela hati dan secara paksaan.

Menurut Ismail, beliau telah membuat laporan polis kira-kira jam 6 petang pada 8 September bagi membolehkan siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa berhubung perkara itu.

“Surat Cara tersebut telah saya tandatangani tanpa rela hati dan secara paksaan (duress),” katanya dalam kenyataan media pada Rabu.

Kerajaan Negeri Sembilan berpendirian bahawa Surat Cara berkenaan tidak memenuhi proses dan tatacara yang diperuntukkan di bawah Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

Justeru, kerajaan negeri berpandangan dokumen tersebut adalah tidak sah, tidak berperlembagaan dan tidak boleh dikuatkuasakan.

Ismail berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan Bilangan 5 Tahun 2026 yang bersidang pada 8 September turut membincangkan penubuhan sebuah Jawatankuasa Pendamai sebagai wadah mencari penyelesaian terhadap isu adat secara harmoni, berhemah dan berlandaskan semangat muafakat.

Kerajaan negeri turut merujuk kepada Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan yang menurut kenyataan itu memperuntukkan jaminan Persekutuan terhadap hak dan kedudukan Raja di sisi Perlembagaan serta keperluan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kemuliaan dan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan terus terpelihara.

Ismail dalam kenyataan sama sekali lagi menzahirkan sokongan penuh serta taat setia kepada Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir.

“Saya sekali lagi menzahirkan sokongan penuh serta taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai satu-satunya Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah dan berdaulat,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1