theme-sticky-logo-alt
September 9, 2026
42 Views

Datuk Ismail Lasim Enggan Ulas Dakwaan Tandatangan Dokumen Proklamasi

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim memilih untuk tidak mengulas dakwaan bahawa beliau menandatangani dokumen proklamasi berkaitan pemecatan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada 3 Ogos lalu. Menurut Sinar Harian, Ismail yang ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sebuah hotel di sini hanya tersenyum dan mengangkat kedua-dua... Read More

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim memilih untuk tidak mengulas dakwaan bahawa beliau menandatangani dokumen proklamasi berkaitan pemecatan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada 3 Ogos lalu.

Menurut Sinar Harian, Ismail yang ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sebuah hotel di sini hanya tersenyum dan mengangkat kedua-dua tangan ketika diajukan soalan mengenai perkara berkenaan.

Beliau yang sempat menyapa pengamal media sekitar jam 2 pagi kemudian memaklumkan tidak mempunyai sebarang ulasan untuk diberikan berhubung dakwaan itu.

Sebelum ini, Undang Yang Empat termasuk Undang yang dipertikai menunjukkan kepada media satu dokumen yang didakwa sebagai proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz dan dikatakan mempunyai tandatangan Ismail.

Dokumen berkenaan dikongsi dalam sidang media di Galeri Diraja Tuanku Jaafar pada malam Selasa yang dihadiri Datuk Maarof Mat Rashad, Abdul Rahim Yassin serta Undang Luak Johol, Datuk Muhammed Abdullah.

Pada 6 September lalu, Ismail menerusi satu kenyataan menzahirkan sokongan penuh serta taat setia kepada Tuanku Muhriz dan menegaskan fokusnya adalah melaksanakan amanah sebagai Menteri Besar demi kepentingan rakyat dan negeri.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail turut menafikan dakwaan penglibatan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sebarang usaha untuk menurunkan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

 

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading