theme-sticky-logo-alt
September 8, 2026
74 Views

“Projek Ipoh Sentral Bernilai RM6.25 Bilion Telah Bermula,”- Saarani Mohamad

IPOH: Pelaksanaan projek pembangunan Ipoh Sentral bernilai RM6.25 bilion telah dimulakan dengan pembinaan taman landskap pada awal tahun ini. Menurut MG Perak, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata projek itu akan diteruskan dengan pembinaan masjid pada penghujung tahun ini yang dijangka mengambil masa dua tahun untuk disiapkan. “Perancangan pembinaan Terminal Bersepadu dan Pusat... Read More

IPOH: Pelaksanaan projek pembangunan Ipoh Sentral bernilai RM6.25 bilion telah dimulakan dengan pembinaan taman landskap pada awal tahun ini.

Menurut MG Perak, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata projek itu akan diteruskan dengan pembinaan masjid pada penghujung tahun ini yang dijangka mengambil masa dua tahun untuk disiapkan.

“Perancangan pembinaan Terminal Bersepadu dan Pusat Membeli-Belah dijadualkan bermula pada tahun 2027 dengan tempoh pelaksanaan selama lima hingga enam tahun.

“Sementara itu, fasa pembangunan kediaman pula disasarkan bermula pada tahun 2028,” katanya ketika menjawab soalan lisan M Thulsi Thivani (PH-Buntong) pada Mesyuarat Kedua, Tahun Keempat Dewan Negeri Ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Selasa.

Saarani yang juga ADUN Kota Tampan berkata, secara keseluruhannya pembangunan fasa-fasa seterusnya bagi projek berkenaan akan dilaksanakan secara fleksibel dalam tempoh horizon 20 tahun bergantung kepada keadaan pasaran.

Menurut beliau, pembangunan Ipoh Sentral dijangka memberi limpahan manfaat kepada daerah Kinta dari aspek ekonomi, mobiliti, kualiti hidup serta sektor pelancongan.

“Dari dimensi ekonomi dan pekerjaan, projek ini diunjurkan mampu menjana antara 8,000 hingga 9,000 peluang pekerjaan semasa fasa pembinaan.

“Setelah siap sepenuhnya dalam pelbagai sektor seperti pembinaan, perkhidmatan, logistik dan perdagangan, ia akan membabitkan lebih 10,000 peluang pekerjaan,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1