theme-sticky-logo-alt
September 8, 2026
15 Views

“Saya Yang Kurangkan Daripada 22 Kali Kepada 8 Kali,”- Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP, Lim Guan Eng mendakwa PAS tidak bersikap jujur apabila gagal menyatakan bahawa beliau merupakan Menteri Kewangan yang mengurangkan jumlah cabutan khas loteri daripada 22 kali kepada lapan kali setahun ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) antara 2018 hingga 2020. “PAS tidak bersikap jujur apabila gagal menyatakan bahawa saya yang mengurangkan jumlah cabutan... Read More

KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP, Lim Guan Eng mendakwa PAS tidak bersikap jujur apabila gagal menyatakan bahawa beliau merupakan Menteri Kewangan yang mengurangkan jumlah cabutan khas loteri daripada 22 kali kepada lapan kali setahun ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) antara 2018 hingga 2020.

“PAS tidak bersikap jujur apabila gagal menyatakan bahawa saya yang mengurangkan jumlah cabutan khas loteri daripada 22 kali kepada 8 kali setahun ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) antara 2018 hingga 2020,” Katanya.

Menurut Lim, jumlah lapan kali cabutan khas itu kemudiannya dinaikkan semula kepada 22 kali pada 2020 ketika kerajaan gabungan melibatkan PAS, UMNO, Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Beliau mendakwa jumlah 22 kali cabutan khas itu turut dikekalkan sehingga berakhirnya pentadbiran kerajaan BN-PN pada 2022.

“Tak puji tak apa tetapi soalannya ialah mengapa PAS suka memfitnah pemimpin DAP menentang Islam sungguhpun DAP hanya menentang PAS dan politik kebencian dan pembohongan mereka,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading