theme-sticky-logo-alt
September 8, 2026
59 Views

“Adakah Mereka Mampu Melakukan Lebih Baik Daripada Anwar?”- Shahbudin Embun

KUALA LUMPUR: Kerjasama politik antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang dikatakan semakin hampir menjadi kenyataan menimbulkan persoalan mengenai calon Perdana Menteri yang bakal diketengahkan sekiranya gabungan itu memenangi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16). Menurut Malaysia Gazette, Pengerusi Biro Politik Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SekPur), Shahbudin Embun berkata, sekiranya Datuk Seri... Read More

KUALA LUMPUR: Kerjasama politik antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang dikatakan semakin hampir menjadi kenyataan menimbulkan persoalan mengenai calon Perdana Menteri yang bakal diketengahkan sekiranya gabungan itu memenangi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

Menurut Malaysia Gazette, Pengerusi Biro Politik Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SekPur), Shahbudin Embun berkata, sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim masih memperoleh mandat rakyat serta sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat selepas PRU-16, beliau wajar diberi peluang untuk meneruskan kepimpinannya.

Pendirian itu bukan berasaskan ketaksuban terhadap seseorang pemimpin, sebaliknya berkaitan soal kesinambungan pentadbiran negara.

Beliau berkata, sepanjang tempoh kepimpinannya, Anwar telah membawa Malaysia melalui pelbagai cabaran ekonomi, politik dan geopolitik.

Pada masa sama, katanya, Anwar turut menetapkan satu standard yang tinggi kepada mana-mana pemimpin yang mahu mengambil alih jawatan Perdana Menteri selepas beliau.

“Dalam tempoh kepimpinannya, Anwar telah membawa Malaysia melalui pelbagai cabaran ekonomi, politik dan geopolitik. Beliau juga telah menetapkan satu standard yang tinggi untuk sesiapa sahaja yang mahu mengambil alih jawatan Perdana Menteri selepas beliau.

“Maka sesiapa yang mahu menjadi Perdana Menteri selepas Anwar perlu bersedia menjawab satu soalan yang mudah tetapi berat – adakah mereka mampu melakukan sekurang-kurangnya sama baik atau lebih baik daripada Anwar?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading