theme-sticky-logo-alt
September 2, 2026
26 Views

“BN-PN Mampu Menang 120 Kerusi,”-Zaid Ibrahim

KUALA LUMPUR – Kerjasama antara Pas dan UMNO disifatkan sebagai kunci utama bagi mengembalikan kekuatan politik Melayu selain memperkukuh pentadbiran negara. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Zaid Ibrahim berkata, perbezaan kepentingan politik serta perebutan kerusi tidak seharusnya mengatasi agenda penyatuan ummah. Beliau yang kini merupakan ahli Pas berkata, sekiranya kerjasama Pas-UMNO melalui... Read More

KUALA LUMPUR – Kerjasama antara Pas dan UMNO disifatkan sebagai kunci utama bagi mengembalikan kekuatan politik Melayu selain memperkukuh pentadbiran negara.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Zaid Ibrahim berkata, perbezaan kepentingan politik serta perebutan kerusi tidak seharusnya mengatasi agenda penyatuan ummah.

Beliau yang kini merupakan ahli Pas berkata, sekiranya kerjasama Pas-UMNO melalui gabungan Perikatan Nasional-Barisan Nasional (PN-BN) dapat dikekalkan menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16), kedua-dua parti berpotensi memenangi sekurang-kurangnya 120 kerusi Parlimen.

“Jika Pas kekal kerjasama dengan UMNO, sekurang-kurangnya 120 kerusi boleh dimenangi. Ini mampu direalisasi, ada yang sudah buat kajian pun, cuma yang susah ada sesetengah pemimpin UMNO yang seperti tidak mahu kerjasama ini,” katanya dalam wawancara bersama wartawan Utusan Malaysia, Irwan Shafrizan Ismail dan Mohamad Hafiz Yusoff Bakri.

Zaid berkata, beliau akan berusaha meyakinkan masyarakat mengenai kepentingan kerjasama berkenaan melalui platform yang ada, sambil menegaskan seruan itu bukan hanya ditujukan kepada orang Melayu, sebaliknya kepada semua kaum.

“Cuma teras kepimpinan untuk negara ini mestilah orang Melayu. Kalau lihat (teras kepimpinan) di Singapura mestilah orang Cina, takkanlah orang India, kalau di Indonesia mestilah orang Jawa, takkanlah orang Sumatera, ini majoriti rakyat.

“Itu sejarah, ‘real’ politik, kita bukan nak perkauman, tapi kita mahu semua sedar dan kita mesti capai perkara ini,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading