theme-sticky-logo-alt
September 2, 2026
30 Views

“Pelarian Masih Belum Selamat Untuk Kembali Ke Myanmar, “-UNHCR

KUALA LUMPUR: Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) memberi amaran bahawa pelarian masih belum selamat untuk kembali ke Myanmar yang terus dilanda konflik bersenjata, perang dan keganasan. Menurut Malaysia Kini, UNHCR turut menjelaskan pihaknya tidak terlibat dalam rancangan Malaysia untuk menghantar pulang pelarian ke Myanmar menerusi program yang disifatkan kerajaan sebagai dilakukan secara sukarela. Menurut... Read More

KUALA LUMPUR: Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) memberi amaran bahawa pelarian masih belum selamat untuk kembali ke Myanmar yang terus dilanda konflik bersenjata, perang dan keganasan.

Menurut Malaysia Kini, UNHCR turut menjelaskan pihaknya tidak terlibat dalam rancangan Malaysia untuk menghantar pulang pelarian ke Myanmar menerusi program yang disifatkan kerajaan sebagai dilakukan secara sukarela.

Menurut UNHCR, konflik bersenjata dan keganasan yang masih berlaku di seluruh Myanmar bermakna kepulangan pelarian secara sukarela yang selamat, bermaruah dan mampan belum dapat dilaksanakan.

“Di bawah undang-undang antarabangsa – suatu kewajipan yang mengikat semua negara – tiada sesiapa boleh dihantar ke negara yang boleh menyebabkan hak atau kebebasan mereka terancam.

“Sebarang penghantaran pulang pelarian mesti dilakukan secara sukarela, berdasarkan keputusan yang dibuat selepas mendapat maklumat secukupnya, serta berlangsung dalam keadaan selamat dan bermaruah,” katanya dalam kenyataan dipetik Reuters.

UNHCR turut menggesa keperluan perlindungan semua individu terbabit diberi pertimbangan sewajarnya sebelum sebarang penghantaran pulang ke Myanmar dilakukan.

Agensi itu pada masa sama berkata, pihaknya bersedia untuk berhubung dengan pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan langkah perlindungan terhadap pelarian diberi perhatian.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading