theme-sticky-logo-alt
September 2, 2026
23 Views

“SPRM Belum Terima Laporan Peruntukan Didakwa Lulus Sehari Sebelum DUN Bubar,”-Abdul Halim Aman

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung dakwaan kelulusan peruntukan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan. Menurut Berita Harian, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, berkata mana-mana kerajaan yang memerintah berhak memperkenalkan sebarang dasar selagi tidak... Read More

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung dakwaan kelulusan peruntukan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan.

Menurut Berita Harian, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, berkata mana-mana kerajaan yang memerintah berhak memperkenalkan sebarang dasar selagi tidak bertentangan dengan undang-undang atau Perlembagaan Persekutuan.

“SPRM juga tidak menerima sebarang laporan berhubung peruntukan yang didakwa diluluskan sehari sebelum DUN dibubarkan pada 5 Jun lalu,” katanya.

Menurut beliau, sekiranya benar peruntukan RM180,000 itu diumumkan atau disalurkan kepada ADUN berkaitan sehari sebelum pembubaran DUN, kerajaan yang mengumumkan peruntukan berkenaan masih merupakan kerajaan yang sah pada ketika itu.

“Jika benar peruntukan RM180,000 itu diumumkan atau disalurkan kepada ADUN berkaitan sehari sebelum pembubaran DUN, ini bermakna kerajaan yang mengumumkan peruntukan itu adalah kerajaan yang sah.

“Oleh itu, apa-apa yang diumumkan oleh kerajaan berkenaan membentuk dasarnya, tertakluk kepada syarat ia tidak melanggar undang-undang atau Perlembagaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM, di sini, hari ini.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading