theme-sticky-logo-alt
September 1, 2026
47 Views

“Saya Bukan Marah, Saya Hot Sahaja,”-Zahid Hamidi

PUTRAJAYA:Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan isu kelewatan pembayaran kepada kontraktor yang melaksanakan projek pembangunan di bawah kementeriannya. Menurut Malaysia Gazette, beliau berkata terdapat kontraktor yang telah melaksanakan kerja dan mencapai kemajuan seperti ditetapkan, termasuk projek Jalan Luar Bandar (JALB), namun masih berdepan kelewatan pembayaran sehingga menyebabkan KKDW dipersalahkan.... Read More

PUTRAJAYA:Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan isu kelewatan pembayaran kepada kontraktor yang melaksanakan projek pembangunan di bawah kementeriannya.

Menurut Malaysia Gazette, beliau berkata terdapat kontraktor yang telah melaksanakan kerja dan mencapai kemajuan seperti ditetapkan, termasuk projek Jalan Luar Bandar (JALB), namun masih berdepan kelewatan pembayaran sehingga menyebabkan KKDW dipersalahkan.

“Kita tidak menerima bayaran kerana puncanya tidak disalurkan kepada kita tetapi kita sering disalahkan, audit akan menyalahkan projek kita lambat. Public Account Committee (PAC) akan menyalahkan kita lambat.

“Kita efisien, kita segera, kita cepat tapi kalau mereka tidak buat pembayaran, bagaimana kita mahu membayar?

“Berapa banyak kontraktor telah tutup kedai? Berapa ramai disaman oleh pembekal bahan? Berapa banyak subkontraktor yang menyaman main kontraktor? KKDW disalahkan, tetapi punca orang lain,” katanya.

Beliau berkata, dalam masa sama, terdapat program dan projek pembangunan yang terpaksa diperlahankan atau disusun semula berikutan pelarasan peruntukan kewangan.

Katanya, beliau memahami kekangan fiskal yang sedang diuruskan, namun perkara itu perlu ditangani secara lebih strategik.

“Saya memohon supaya pihak yang berkenaan memberikan perhatian serius terhadap isu ini. Bajet yang telah diumumkan, hendaklah disalurkan!

“Jangan… tidak ada peruntukkan dalam bajet, tetapi itu yang dilaksanakan, yang patut dibayar, tidak dibayar.

“Yang tidak perlu dibayar, dibayar. Itu masalah dihadapan kita.

“Saya bukan marah. Saya hot saja. Ini cabaran yang berada di hadapan kita,” katanya  ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan KKDW di sini, hari ini.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading