theme-sticky-logo-alt
August 28, 2026
27 Views

“Elok Juga Kerajaan Negeri Pertimbang Tidak Beri Peruntukan Kepada ADUN Pembangkang” – Fadhli

KUALA LUMPUR: Ahmad Fadhli Shaari mencadangkan kerajaan Negeri Sembilan mempertimbangkan untuk tidak menyalurkan sebarang peruntukan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di negeri itu. Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata cadangan berkenaan dibuat memandangkan penubuhan kerajaan negeri Negeri Sembilan menurutnya tidak mempunyai kaitan dengan semangat Kerajaan MADANI di peringkat Persekutuan. Sebaliknya, Fadhli mencadangkan supaya... Read More

KUALA LUMPUR: Ahmad Fadhli Shaari mencadangkan kerajaan Negeri Sembilan mempertimbangkan untuk tidak menyalurkan sebarang peruntukan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di negeri itu.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata cadangan berkenaan dibuat memandangkan penubuhan kerajaan negeri Negeri Sembilan menurutnya tidak mempunyai kaitan dengan semangat Kerajaan MADANI di peringkat Persekutuan.

Sebaliknya, Fadhli mencadangkan supaya peruntukan berkenaan disalurkan secara terus kepada rakyat tanpa melalui wakil rakyat pembangkang.

“Oleh kerana penubuhan kerajaan negeri di Negeri Sembilan tiada kaitan dengan semangat kerajaan Madani di peringkat persekutuan, elok juga kerajaan negeri mempertimbangkan untuk tidak memberikan sebarang peruntukan kepada ADUN-ADUN pembangkang di Negeri Sembilan, salurkan terus kepada rakyat sebagaimana amalan Madani di Pusat. Ok ke begitu?” katanya.

Menurut beliau, penyokong Pakatan Harapan (PH) juga seharusnya memberikan sokongan terhadap cadangan berkenaan.

“Penyokong-penyokong PH tentu akan beri sokongan padu terhadap cadangan ini,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading