SERDANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau telah menyerahkan tanggungjawab kepada Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Amirudin Shari untuk meneliti kemungkinan kerjasama antara PH dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Menurut Awani, beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil yang memaklumkan Amirudin telah mengadakan pertemuan dengan beliau bagi membincangkan perkara berkenaan.
“Itu Amir (Amirudin), kita dah bagi amanah kepada Amir,” katanya kepada pemberita selepas Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2026 di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), Universiti Putra Malaysia, di sini pada Selasa.








