theme-sticky-logo-alt
August 25, 2026
299 Views

“41 Rumah Ibadat Bukan Islam Dibina Tanpa Kebenaran PBT Di Perlis,” -Affendi Rajini Kanth

KANGAR: Sebanyak 41 rumah ibadat bukan Islam dibina tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT) di Perlis setakat 2021. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Negeri Perlis (MPNPs), Affendi Rajini Kanth berkata, jumlah itu merangkumi enam kuil, tidak termasuk Kuil Seri Maha Veeramakaliamman di Bukit Lagi yang telah dirobohkan pihak penguat kuasa baru-baru ini. Menurut Harian Metro, hanya... Read More

KANGAR: Sebanyak 41 rumah ibadat bukan Islam dibina tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT) di Perlis setakat 2021.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Negeri Perlis (MPNPs), Affendi Rajini Kanth berkata, jumlah itu merangkumi enam kuil, tidak termasuk Kuil Seri Maha Veeramakaliamman di Bukit Lagi yang telah dirobohkan pihak penguat kuasa baru-baru ini.

Menurut Harian Metro, hanya 10 rumah ibadat bukan Islam di negeri itu memperoleh kelulusan sah daripada pihak majlis.

“Kuil yang sah ini termasuk dua kuil iaitu Kuil Sri Subramaniaswamy Devasthanam di Bukit Lagi dan Kuil Kamatchi Amman di Stesen Keretapi Padang Besar.

“Kuil Sri Subramaniaswamy Devasthanam di Bukit Lagi itu sah kerana ia mempunyai geran. Malah, kita turut membantu membaiki jalan demi kepentingan awam dan kemudahan laluan perarakan mereka walaupun tanah tersebut bukan milik MPNPs,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, tinjauan di sekitar Bukit Lagi mendapati terdapat satu lagi binaan haram di belakang sebuah hotel yang telah diberikan notis pengosongan.

Pemerhatian mendapati struktur bangunan berkenaan terletak tidak jauh dari lokasi sebuah kuil berstatus sah yang dibina di kawasan berhampiran.

Terdahulu, Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah dipetik berkata, tindakan penguatkuasaan merobohkan struktur haram perlu dijadikan iktibar oleh semua pihak berbilang kaum dan agama, termasuk umat Islam.

Katanya, semua pihak perlu sentiasa menghormati peraturan yang ditetapkan sebelum mendirikan sebarang rumah ibadat.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading