KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Zamri Vinoth mendakwa perbuatan yang disifatkannya sebagai “sakau tanah” lebih serius berbanding penyelewengan wang kerana menurutnya, tanah berkait secara langsung dengan identiti dan kedaulatan sesebuah negara.
“Perbuatan SAKAU TANAH ini adalah lebih keji dari mereka yang SAKAU DUIT, Kerana kekuatan DUIT hanya pada nilainya namun kekuatan TANAH itu adalah IDENTITI,”
“Tanpa tanah tidak wujud negara!” katanya Menerusi hantaran di Facebook,
Menurut Zamri, masyarakat selama ini lebih banyak memberi perhatian terhadap isu salah guna wang sehingga boleh terlepas pandang terhadap apa yang didakwanya sebagai isu pengambilan atau penguasaan tanah.
“Mereka momokkan kita hanya tentang sakau duit, ya kita marah terhadap depa namun kita lupa terhadap mereka yang sakau tanah ini,” katanya.
Beliau mendakwa isu berkaitan tanah membawa kesan lebih besar kerana boleh memberi mudarat kepada negara dan identiti.








