theme-sticky-logo-alt
August 24, 2026
44 Views

“Tapi Tidak Pasti Topik Apa Dibincangkan ,”-Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA: Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Fahmi Fadzil mengesahkan pertemuan antara Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari dengan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Malaysia Gazette, namun Fahmi berkata beliau tidak dapat mengesahkan sama ada rundingan antara PH dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menjadi... Read More

PUTRAJAYA: Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Fahmi Fadzil mengesahkan pertemuan antara Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari dengan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Malaysia Gazette, namun Fahmi berkata beliau tidak dapat mengesahkan sama ada rundingan antara PH dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menjadi antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan berkenaan.

“Saya difahamkan mereka ada pertemuan semalam, tapi tidak dimaklumkan apa perbincangan.

“Memang ada (pertemuan) untuk pimpinan dalam masa sehari dua ini, banyak perjumpaan, mesyuarat, memang ada. Tapi sama ada itu salah satu topik, tidak dimaklumkan,” Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri sesi latihan Human Graphic sempena sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya, pagi ini.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading