theme-sticky-logo-alt
August 24, 2026
41 Views

“Pengakuan Secara Jujur Terhadap Kesilapan Juga Merupakan Langkah Reformasi,”-Tian Chua

KUALA LUMPUR: PKR pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengakui bahawa sebahagian janji reformasi yang ditawarkan sebelum ini tidak realistik dan sukar dilaksanakan, kata bekas Naib Presiden parti itu, Tian Chua. Menurut Malaysia Kini, pengakuan secara jujur terhadap kesilapan berkenaan juga merupakan sebahagian daripada langkah reformasi. Beliau berkata tanggungjawab melaksanakan reformasi bukan hanya terletak pada... Read More

KUALA LUMPUR: PKR pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengakui bahawa sebahagian janji reformasi yang ditawarkan sebelum ini tidak realistik dan sukar dilaksanakan, kata bekas Naib Presiden parti itu, Tian Chua.

Menurut Malaysia Kini, pengakuan secara jujur terhadap kesilapan berkenaan juga merupakan sebahagian daripada langkah reformasi.

Beliau berkata tanggungjawab melaksanakan reformasi bukan hanya terletak pada Perdana Menteri, sebaliknya setiap menteri perlu berusaha mencapainya melalui kuasa yang dimiliki serta memperbaiki prestasi masing-masing.

“Jadi, bagi saya adalah tanggungjawab setiap menteri bagaimana mereka mencapaikan reformasi melalui kuasa sendiri, melalui memperbaikikan prestasi sendiri.

“Dan juga adalah tergantung kepada anggota-anggota dan pimpinan pertengahan dalam PKR untuk berusaha untuk mencapaikan reformasi yang kita ingin janjikan.

“Dan reformasi ini termasuk secara jujur untuk memberitahu rakyat bahawa ada setengah-setengah janji yang disampaikan itu yang tidak realistik dan itu adalah kesilapan. Itu adalah kesilapan yang harus kita mengaku,” katanya menerusi audio siar Explain Sikit terbitan KiniTV.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading