theme-sticky-logo-alt
August 23, 2026
62 Views

“Mungkin Pada Beliau ROS Ini Bodoh,”-Faizal Azumu

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berhubung isu kuorum Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu sebagai pandangan peribadi yang seolah-olah memandang rendah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Ahmad Faizal yang juga bekas Menteri Besar Perak berkata, Takiyuddin sebelum ini mengulas peruntukan Perlembagaan Bersatu berkaitan... Read More

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berhubung isu kuorum Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu sebagai pandangan peribadi yang seolah-olah memandang rendah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Ahmad Faizal yang juga bekas Menteri Besar Perak berkata, Takiyuddin sebelum ini mengulas peruntukan Perlembagaan Bersatu berkaitan jumlah keanggotaan MPT dan kuorum mesyuarat.

Bagaimanapun, katanya, Takiyuddin pada masa sama mengakui perkara berkenaan merupakan tafsiran pihak yang membuat aduan dan perlu ditentukan oleh ROS.

“Jika diteliti pula pandangan dan kenyataan beliau tersebut, kita akan nampak betapa beliau memandang rendah pihak ROS.

“Mungkin pada beliau, ROS ini bodoh dan hanya beliau yang pandai,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Takiyuddin berhubung aduan empat Ahli Parlimen Bersatu kepada ROS pada 13 Julai lalu.

Aduan itu mempersoalkan sama ada MPT Bersatu masih mempunyai kuorum untuk bermesyuarat.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading