KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) tidak mahu mengambil pendekatan politik yang tidak sesuai dengan realiti setempat dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.
Menurut Malaysia Gazette, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebarang keputusan berkaitan strategi dan kerjasama politik perlu mengambil kira sentimen akar umbi serta keadaan politik semasa di negeri itu.
Beliau turut berkata sentimen di peringkat akar umbi ketika ini masih bercampur-campur dan kajian terperinci perlu dilakukan sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.
“Sentimen (kerjasama sempena PRN Melaka) akar umbi bercampur-campur. Jadi kita lakukan kajian terperinci.
“Jangan masuk ke lubuk di mana ikan keli tidak boleh hidup ataupun ikan sepat tinggal tulang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan World Islamic Tourism and Trade Expo (WITEX) 2026 Minister and CEO’s Summit di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.








