theme-sticky-logo-alt
August 19, 2026
58 Views

“Kementerian Kewangan Akan Mengkaji Sistem Percukaian Hibrid Antara SST DAN GST,”-Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Kewangan menjalankan kajian penuh berhubung cadangan memperkenalkan sistem percukaian hibrid yang menggabungkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Menurut AWANI, Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan diberikan masa untuk menyediakan laporan mengenai... Read More

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Kewangan menjalankan kajian penuh berhubung cadangan memperkenalkan sistem percukaian hibrid yang menggabungkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Menurut AWANI, Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan diberikan masa untuk menyediakan laporan mengenai cadangan itu sebelum perkara berkenaan dibawa semula kepada Jemaah Menteri untuk perbincangan lanjut.

Fahmi juga berkata cadangan sistem percukaian hibrid itu masih berada pada peringkat awal dan kerajaan tidak mahu membuat keputusan secara terburu-buru.

Katanya, kajian Kementerian Kewangan perlu mengambil kira pelbagai aspek, termasuk pengalaman daripada pelaksanaan GST sebelum ini serta isu yang dihadapi menerusi sistem SST ketika ini.

“Jadi, perkara-perkara ini akan dipertimbangkan oleh Kementerian Kewangan sebelum dibawa untuk dibincangkan dan diputuskan di Jemaah Menteri,” katanya pada sidang media mingguan kementeriannya, hari ini.

Bagaimanapun, kerajaan setakat ini belum menetapkan sebarang tempoh untuk kajian berkenaan diselesaikan atau bila keputusan mengenai cadangan sistem percukaian hibrid itu akan dibuat.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading