theme-sticky-logo-alt
July 30, 2026
196 Views

“Tak Perasan Pula,”-Tan Sri Rais Yatim

NEGERI SEMBILAN: “Oh ya ke?” Itu reaksi ringkas veteran politik, Tan Sri Rais Yatim, berhubung penarikan balik dua darjah kebesaran Negeri Sembilan yang dikurniakan kepadanya. Rais berkata beliau tidak menyedari perkara berkenaan sebelum memaklumkan bahawa bintang kebesaran itu dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Almarhum Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman, pada 1982. “Tak... Read More

NEGERI SEMBILAN: “Oh ya ke?” Itu reaksi ringkas veteran politik, Tan Sri Rais Yatim, berhubung penarikan balik dua darjah kebesaran Negeri Sembilan yang dikurniakan kepadanya.

Rais berkata beliau tidak menyedari perkara berkenaan sebelum memaklumkan bahawa bintang kebesaran itu dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Almarhum Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman, pada 1982.

“Tak perasan pula.

“Bintang itu dianugerahkan oleh Yamtuan ke-10 Tuanku Jaafar 1982 di hujung khidmat saya sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan,” katanya ringkas kepada Malaysiakini.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menitahkan supaya kurniaan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan dan Darjah Dato’ Setia Negeri Sembilan kepada Rais ditarik balik berkuat kuasa serta-merta.

Pendaftar Darjah Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zafir Ibrahim berkata, kedua-dua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu masing-masing pada 2001 dan 1979 ditarik balik atas titah Tuanku Muhriz.

Menurutnya, keputusan berkenaan dibuat bagi memelihara kebesaran, kemuliaan serta kehormatan institusi diraja Negeri Sembilan.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1