theme-sticky-logo-alt
July 30, 2026
87 Views

“Ini Bukan Soal Mahu Mencari Salah Siapa,”-Anwar Ibrahim

PORT DICKSON: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) bukan bermotifkan politik picisan, sebaliknya dilakukan demi menunaikan amanah untuk melindungi kepentingan umat Islam. Menurut Bernama, laporan itu wajar didedahkan kepada rakyat kerana mengandungi dapatan penting berhubung pengurusan TH, termasuk teguran yang pernah dikeluarkan oleh... Read More

PORT DICKSON: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) bukan bermotifkan politik picisan, sebaliknya dilakukan demi menunaikan amanah untuk melindungi kepentingan umat Islam.

Menurut Bernama, laporan itu wajar didedahkan kepada rakyat kerana mengandungi dapatan penting berhubung pengurusan TH, termasuk teguran yang pernah dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia tetapi tidak diberi perhatian sewajarnya.

“Ini bukan soal politik atau mahu mencari salah sesiapa. Ini amanah yang perlu dilaksanakan demi menjaga kepentingan umat Islam dan memastikan institusi Tabung Haji terus diyakini,” Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Munajat Perdana di Dewan Orang Ramai Linggi di sini pada Khamis.

Perdana Menteri berkata, laporan RCI itu bukan dihasilkan oleh kerajaan, sebaliknya disediakan oleh suruhanjaya bebas yang ditubuhkan untuk menyiasat isu berkaitan pengurusan TH.

Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan akan memberi ruang kepada semua Ahli Parlimen membahaskan laporan tersebut pada persidangan Dewan Rakyat pada 11 Ogos bagi membolehkan setiap dapatan dijelaskan secara terbuka dan berasaskan fakta.

Anwar berkata, pendekatan itu mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI terhadap prinsip ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik dalam mengurus institusi berkepentingan awam seperti Tabung Haji.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading