theme-sticky-logo-alt
July 27, 2026
80 Views

“Ungkapan ‘Melayu Ada Tanah Melayu’ Bukan Saya Cipta,”-Sanusi Md Nor

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah mempertahankan ucapannya dalam Ceramah Perdana PN-BN di Jempol, Negeri Sembilan pada 23 Julai lalu yang mencetuskan kontroversi berkaitan kedudukan orang Melayu dan sejarah Tanah Melayu. Menurut Sinar Harian, beliau berkata kenyataannya dibuat dalam konteks kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dengan menghubungkan identiti sejarah Tanah Melayu, kedudukan ekonomi dan... Read More

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah mempertahankan ucapannya dalam Ceramah Perdana PN-BN di Jempol, Negeri Sembilan pada 23 Julai lalu yang mencetuskan kontroversi berkaitan kedudukan orang Melayu dan sejarah Tanah Melayu.

Menurut Sinar Harian, beliau berkata kenyataannya dibuat dalam konteks kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dengan menghubungkan identiti sejarah Tanah Melayu, kedudukan ekonomi dan politik orang Melayu serta pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.

“Melayu tidak ada tanah lain, Melayu ada Tanah Melayu ini sahaja. Orang India ada India, orang Cina ada China. Melayu di mana? Melayu di sini sahaja,” katanya dalam ucapan tersebut.

Beliau turut menegaskan bahawa ucapannya tidak bertujuan memperkenalkan doktrin perkauman baharu atau menafikan kewarganegaraan rakyat Malaysia bukan Melayu.

“Ungkapan bahawa Tanah Melayu merupakan tanah air sejarah dan satu-satunya tanah air orang Melayu bukanlah gagasan baharu yang saya cipta pada 2026,”.Katanya

Pada 8 Mac 1946, ketika House of Commons membahaskan rancangan Malayan Union melalui bacaan kali kedua Straits Settlements (Repeal) Bill [Lords], Mr Oliver Stanley, Ahli Parlimen bagi Bristol West, menyatakan: “It is quite true, as has been pointed out by so many hon. Members, that Malaya was originally a Malayan country, that it is the traditional home of the Malays, and that the Chinese and Indians who have come there have come there in larger numbers, at any rate, in recent years and largely at our invitation.”

Terjemahannya: “Memang benar, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh ramai Ahli Yang Berhormat, bahawa Tanah Melayu pada asalnya ialah sebuah negeri Melayu dan merupakan tanah air tradisional orang Melayu. Masyarakat Cina dan India yang datang ke sana pula telah datang dalam jumlah yang lebih besar, sekurang-kurangnya pada zaman kebelakangan itu, dan sebahagian besarnya atas undangan kita.”

Sehubungan itu, beliau berpandangan ucapannya tidak sepatutnya ditafsirkan sebagai menafikan kedudukan kaum lain, sebaliknya perlu dilihat berdasarkan konteks sejarah pembentukan negara.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading