theme-sticky-logo-alt
July 27, 2026
76 Views

“Kerajaan MADANI Pertahan Kepentingan Bumiputera,”-Anwar Ibrahim

TAMPIN: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan bahawa kerajaan pimpinannya tidak menjaga kepentingan Bumiputera, khususnya masyarakat Melayu. Menurut Sinar Harian,beliau berkata antara langkah yang diambil kerajaan ialah mewujudkan tanah rizab Melayu baharu di Kuala Lumpur selepas mendapati keluasan tanah berkenaan semakin berkurangan. “Sejak merdeka pada 1957, tidak ada tanah rizab Melayu baharu di... Read More

TAMPIN: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan bahawa kerajaan pimpinannya tidak menjaga kepentingan Bumiputera, khususnya masyarakat Melayu.

Menurut Sinar Harian,beliau berkata antara langkah yang diambil kerajaan ialah mewujudkan tanah rizab Melayu baharu di Kuala Lumpur selepas mendapati keluasan tanah berkenaan semakin berkurangan.

“Sejak merdeka pada 1957, tidak ada tanah rizab Melayu baharu di Kuala Lumpur, yang ada semuanya dijual.

“Apabila saya mengambil alih kepimpinan negara pada 2022, pada 2023 kita rampas tanah Bandar Malaysia seluas 480 ekar atau 194.3 hektar yang sebelum ini menjadi milik negara China dan syarikat swasta. Saya rampas kerana perkara ini melanggar peraturan.

“Apabila saya rampas, saya ambil alih untuk dijaga oleh Petronas dan Khazanah Nasional kerana ada badan yang dikuasai oleh Melayu. Dalam kawasan itu, 50 ekar atau 20 hektar saya jadikan rizab tanah Melayu, tanah yang paling berharga di Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Semarak Kenegaraan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, cadangan itu juga tidak mendapat bantahan daripada DAP ketika dibawa untuk pertimbangan Jemaah Menteri.

Menurut beliau, Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan, Anthony Loke hanya bertanyakan alasan kerajaan mahu melaksanakan perkara berkenaan.

“Saya kata sebab tanah Melayu di Kuala Lumpur semakin berkurangan. Sudah menjadi tanggungjawab saya untuk memberikan tanda yang jelas. Dia berkata okey.

“Dalam mesyuarat Jemaah Menteri, tidak ada yang membantah. Jadi, buat kali pertama dalam sejarah sejak Merdeka pada 1957, Kerajaan MADANI mengisytiharkan tanah paling berharga di Kuala Lumpur sebagai tanah rizab Melayu,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading