theme-sticky-logo-alt
July 15, 2026
227 Views

“Saya Merayu Kepada Seluruh Rakyat Negeri Sembilan Beri Mandat Kepada PH,”-Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu rakyat Negeri Sembilan supaya memberikan mandat kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi memastikan kesinambungan kepimpinan dan agenda pembangunan negeri. Menurut Anwar, beliau telah memperkenalkan calon-calon HARAPAN yang akan menggalas amanah rakyat pada PRN Negeri Sembilan, malam tadi. Katanya, sepanjang bekerja bersama Menteri... Read More

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu rakyat Negeri Sembilan supaya memberikan mandat kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi memastikan kesinambungan kepimpinan dan agenda pembangunan negeri.

Menurut Anwar, beliau telah memperkenalkan calon-calon HARAPAN yang akan menggalas amanah rakyat pada PRN Negeri Sembilan, malam tadi.

Katanya, sepanjang bekerja bersama Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, beliau melihat pemimpin itu sebagai seorang yang mengutamakan amanah serta memberi tumpuan kepada kerja dan kebajikan rakyat.

“Beliau tidak banyak berbicara soal dirinya, sebaliknya memberi tumpuan kepada kerja dan kebajikan rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar berkata, keserasian antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan turut membolehkan pelbagai projek serta inisiatif dilaksanakan dengan lebih lancar demi manfaat Negeri Sembilan.

Menurutnya, kesinambungan kepimpinan yang stabil amat penting ketika negeri itu berada pada landasan yang baik.

Beliau berkata, Negeri Sembilan memerlukan sebuah kerajaan yang bersih, berwibawa serta mampu memastikan agenda pembangunan terus dipacu, pelaburan terus dibawa masuk, peluang pekerjaan diwujudkan dan kebajikan rakyat dipelihara.

“Oleh sebab itu, saya dengan penuh rendah diri merayu kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan, tanpa mengira kaum, agama mahupun latar belakang, agar memberikan mandat kepada HARAPAN untuk meneruskan usaha ini,” katanya.

Anwar menegaskan, mandat berkenaan bukan bertujuan mengangkat mana-mana individu, sebaliknya bagi memastikan segala perancangan yang telah dimulakan dapat disempurnakan demi kesejahteraan rakyat dan generasi akan datang.

Katanya, sekiranya terus diberikan kepercayaan, HARAPAN akan bekerja dengan lebih kuat, mendengar dengan lebih dekat dan memikul amanah dengan penuh tanggungjawab supaya Negeri Sembilan terus menjadi negeri yang makmur, stabil dan maju.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1