theme-sticky-logo-alt
July 15, 2026
170 Views

“PRN Johor Bukti Orang Melayu Boleh Bersatu Dan Memperkukuh Kekuatan Politik Mereka,”-Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR:Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menunjukkan penyatuan orang Melayu mampu mengembalikan kekuatan politik kepada kaum itu. Menurutnya, meskipun bentuk dan ikatan kerjasama yang berlaku masih belum jelas, perkembangan berkenaan perlu diterima sebagai langkah ke arah memperkukuhkan kekuatan politik orang Melayu. “Walaupun bentuk kerjasama masih samar-samar dari... Read More

KUALA LUMPUR:Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menunjukkan penyatuan orang Melayu mampu mengembalikan kekuatan politik kepada kaum itu.

Menurutnya, meskipun bentuk dan ikatan kerjasama yang berlaku masih belum jelas, perkembangan berkenaan perlu diterima sebagai langkah ke arah memperkukuhkan kekuatan politik orang Melayu.

“Walaupun bentuk kerjasama masih samar-samar dari segi bentuk dan ikatan, ia perlu kita terima sebagai satu langkah ke arah kebersamaan untuk memperkukuhkan kekuatan politik orang Melayu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Mahathir mengingatkan bahawa penyatuan yang membawa kepada kekuatan politik itu tidak seharusnya digunakan untuk mempertahankan kebatilan atau melakukan perkara buruk.

Sebaliknya, katanya, kekuatan tersebut perlu dimanfaatkan untuk mengangkat martabat orang Melayu, agama Islam dan mempertahankan kedaulatan negara.

Beliau turut menegaskan bahawa penyatuan Melayu bukan bertujuan menekan atau menafikan hak dan kepentingan kaum lain.

“Apabila orang Melayu bersatu dan mempunyai kekuatan politik, mereka akan lebih yakin memperjuangkan kepentingan kaum sendiri tanpa mempertikaikan hak masyarakat lain,”

“Pendekatan itu telah diamalkan sejak negara mencapai kemerdekaan dan berjaya membawa kemakmuran kepada orang Melayu serta kaum-kaum lain,”

“Kerana itu Melayu perlu bersatu dan memperkukuh kekuatan politik mereka. Hanya dengan cara ini tanah air kita akan kekal hak kita,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1