theme-sticky-logo-alt
July 7, 2026
45 Views

“Mana Ada Paksaan,”-Onn Hafiz Ghazi

JOHOR BAHRU — Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Onn Hafiz Ghazi menafikan dakwaan bahawa pelajar sebuah kolej pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) dipaksa menghadiri program kempen parti itu pada Sabtu lalu. “Mana ada. Tiada paksaan,” katanya ringkas seperti dipetik FMT. Dakwaan itu timbul selepas tular sebuah video yang memaparkan Onn berada di atas... Read More

JOHOR BAHRU — Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Onn Hafiz Ghazi menafikan dakwaan bahawa pelajar sebuah kolej pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) dipaksa menghadiri program kempen parti itu pada Sabtu lalu.

“Mana ada. Tiada paksaan,” katanya ringkas seperti dipetik FMT.

Dakwaan itu timbul selepas tular sebuah video yang memaparkan Onn berada di atas pentas ketika program Jelajah TVET Mara, sambil menyeru sokongan kepada calon BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Dalam video berkenaan, Onn turut mengingatkan penduduk Simpang Renggam supaya mengundi calon BN ketika hari pengundian.

Beliau berkata kerajaan Johor juga akan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Pengerusi Mara yang juga Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki, yang dilihat hadir pada program tersebut.

Kenyataan Onn itu dibuat sebagai maklum balas terhadap dakwaan calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Perling, Tee Boon Tsong, yang dilaporkan berkata beliau menerima aduan daripada pelajar bahawa mereka diwajibkan hadir ke program yang diadakan di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Kluang.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading