theme-sticky-logo-alt
July 3, 2026
1 Views

Ramos Wira Portugal

TORONTO, 3 Julai – Portugal mara ke pusingan 16 Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Croatia 2-1 dalam aksi penuh dramatik yang ditentukan jaringan masa kecederaan. Croatia terlebih dahulu mengejutkan Portugal apabila Ivan Perišić membuka jaringan pada minit ke-53 sebelum Cristiano Ronaldo menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-68. Ketika perlawanan hampir berakhir dengan keputusan... Read More

TORONTO, 3 Julai – Portugal mara ke pusingan 16 Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Croatia 2-1 dalam aksi penuh dramatik yang ditentukan jaringan masa kecederaan.

Croatia terlebih dahulu mengejutkan Portugal apabila Ivan Perišić membuka jaringan pada minit ke-53 sebelum Cristiano Ronaldo menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-68.

Ketika perlawanan hampir berakhir dengan keputusan seri, Gonçalo Ramos muncul wira dengan tandukan pada masa kecederaan untuk memastikan kemenangan milik Portugal.

Kemenangan ini menyaksikan Portugal mara ke pusingan 16 dan disahkan menentang Sepanyol yang menewaskan Austria 3-0.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading