theme-sticky-logo-alt
June 29, 2026
21 Views

“PH Serah Pelantikan Menteri Besar Johor Kepada Sultan,”- Maszlee Malik

JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan (PH) menyerahkan sepenuhnya keputusan berhubung pelantikan jawatan Menteri Besar Johor kepada kebijaksanaan dan prerogatif Sultan Johor sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini. Calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Maszlee Malik berkata, setakat ini gabungan berkenaan tidak membincangkan isu jawatan... Read More

JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan (PH) menyerahkan sepenuhnya keputusan berhubung pelantikan jawatan Menteri Besar Johor kepada kebijaksanaan dan prerogatif Sultan Johor sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Maszlee Malik berkata, setakat ini gabungan berkenaan tidak membincangkan isu jawatan tersebut kerana tumpuan utama parti adalah menawarkan perkhidmatan terbaik kepada rakyat menerusi semangat kerja berpasukan.

Menurutnya, PH akur bahawa pelantikan Menteri Besar adalah tertakluk kepada Undang-Undang Tubuh Negeri Johor.

“Isu menteri besar kita tak bincangkan langsung kerana kita akur bahawa ikut Undang-Undang Tubuh Negeri, prerogatif untuk melantik menteri besar ialah kuasa Istana.

“Jadi, di penghujungnya Tuanku yang akan tentukan,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desas-desus di media sosial yang mengaitkan namanya sebagai antara calon utama Menteri Besar Johor daripada blok PH sekiranya gabungan itu menang pada PRN Johor ke-16.

Maszlee menegaskan, fokus PH ketika ini adalah memastikan tawaran dan gerak kerja gabungan itu dapat memberi manfaat kepada rakyat Johor.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading