KUALA LUMPUR – Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal hari ini menggesa kerajaan mempertimbangkan cadangan memperkenalkan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dimansuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2018.
Menurut Malaysia Kini, beliau berkata, langkah itu wajar dilihat sebagai sebahagian daripada usaha pembaharuan cukai yang lebih luas bagi memperkukuh kedudukan fiskal negara.
Ketua Penerangan Parti Wawasan Nasional (Wawasan) itu turut mengakui, PH sebelum ini pernah mempersenda dan mengkritik pelaksanaan GST ketika era pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.
“Janganlah segan silu nak perkenalkan semula GST walaupun dulu ada ahli politik yang menyanyi lagu menyindir ABCD-GST,”
Bekas Ketua Pemuda Bersatu itu turut berpandangan, tiada salahnya sekiranya skim cukai tersebut diperkenalkan semula dengan nama baharu.
“Apa salahnya guna nama Cukai Madani misalnya, tapi kita letaklah dengan kadar yang lebih rendah, seperti tiga peratus,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Wan Ahmad Fahysal berkata demikian ketika memberikan reaksi terhadap penjelasan Menteri Ekonomi, Akmal Nasir berhubung krisis bekalan global yang dicetuskan oleh konflik Amerika Syarikat-Iran di Asia Barat.








