theme-sticky-logo-alt
June 29, 2026
29 Views

“Saudara Masih Ingat Zaman Covid?”- Muhyiddin Yassin

PAGOH — Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa rakyat mengingati semula prestasi pentadbiran Perikatan Nasional (PN) ketika negara berdepan pandemik Covid-19. Muhyiddin berkata, kerajaan pimpinannya ketika itu berjaya menyalurkan bantuan kepada rakyat dengan pantas kerana memiliki sistem pengurusan yang berkesan. Menurut Malaysia Gazette, pengalaman mentadbir negara dalam tempoh krisis kesihatan... Read More

PAGOH — Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa rakyat mengingati semula prestasi pentadbiran Perikatan Nasional (PN) ketika negara berdepan pandemik Covid-19.

Muhyiddin berkata, kerajaan pimpinannya ketika itu berjaya menyalurkan bantuan kepada rakyat dengan pantas kerana memiliki sistem pengurusan yang berkesan.

Menurut Malaysia Gazette, pengalaman mentadbir negara dalam tempoh krisis kesihatan membuktikan pentadbiran PN mempunyai sistem penyampaian yang cekap sehingga bantuan dapat dikreditkan terus ke akaun penerima dalam tempoh singkat.

“Saudara masih ingat zaman Covid? Waktu itu, macam mana Allah tetapkan saya jadi Perdana Menteri. Tapi zaman susah, zaman wabak penyakit yang melanda seluruh negara dan seluruh dunia.

“Dalam keadaan yang susah itu pun, kerana ini satu amanah dan tanggungjawab, saya pikul. Saya usahakan bersungguh-sungguh, tak tidur siang dan malam, memikirkan bagaimana negara mesti diselamatkan, rakyat kita jangan mati oleh penyakit atau mati kerana tidak ada makanan di atas meja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Sembang Santai sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Kampung Jayor, Bukit Kepong, di sini, hari ini.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading